Tuesday, January 1, 2013

hari pertama sekolah tahun 2013

hari ni 2 januari 2013. hari pertama sekolah bagi tahun ni. ain sekolah KAFA pagi. abang pulak KAFA petang. ain SK petang. abang pulak SK pagi. kakak kekal sekolah pagi kat SMK Jalan 4. pagi tadi keluar rumah 6.50 pagi. hantar kakak dulu sebab kakak paling jauh. lepas drop kakak kat sekolah, singgah rumah makcik hantar beg transit kakak. rumah makcik depan sekolah kakak je. lepas tu patah balik ke belakang. hantar abang. punyalah jalan jem, sampai sekolah abang dah dekat pukul 7.30 pagi. jadual sekolah abang tulis masuk sekolah pukul 7.10 pagi. dari sekolah abang, ambik kanan, keluar kat seksyen 3, sangkut lagi. ambik jalan besar terus sampai ke petronas seksyen 3 tambahan (dekat dengan rumah). masuk situ terus ke bangi 3, hantar ain. hari ni ain berkumpul kat rumah no. 8. lepas tu baru agih kelas. mungkin kekal kat situ atau pindah ke rumah no. 17. pukul 10.45 pagi umi gi sekolah ain. rupanya ain kekal di rumah no.8. umi tengok je ain keluar dari pintu belakang, masuk dalam pagar surau, lepas tu tuju rumah makcik yang jual jajan. ain beli jajan 80 sen. umi tegur ain. ain kata umi tak payah ikut. ain nak balik sendiri ke tempat transit. umi pun tengok dari jauh je lah. lepas tu singgah tadika shamil, tapi dah tak dengan budak nangis. masa datang pagi tadi, shamil nangis. dia tak bagi umi balik. umi pun tunggu la sekejap, sampai shamil masuk kelas. cikgu bagi plastesin, suruh gentel sampai jadi bulat. lepas tu leperkan macam roti canai. tapi shamil buat deeek je. dia dok main jam hijau dia tu je. pukul 12 tengahari, abah ambik ain dan shamil. abah hantar shamil ke taska. lepas tu abah hantar ain ke SK. pukul 1 umi punya turn pulak, ambik abang kat SK, hantar ke KAFA.

nampak gayanya, jalan yang dilalui hari ni ada masalah. esok kena tukar jalan. tadi drop abang betul betul depan sekolah. esok kena pikir jalan lain. mungkin boleh ambik jalan nak ke taska al-humairaa seksyen 4, lalu tepi surau jubli perak, lalu depan bangsal orang jual lemang musim raya, masuk kiri, lalu seberang jalan sekolah abang. rasanya jalan kurang jem. lepas tu jalan terus, ambik kanan turun ke bangi perdana. hantar ain dan shamil. tapi kalau hari selasa, kena guna 2 kereta. 1 hantar kakak ke SMK. 1 lagi hantar abang di SK, ain di KAFA dan shamil di tadika. rasanya macam ni baru abang boleh sampai sebelum 7.10 pagi. macam tak percaya tengok jadual SK start pukul 7.10 pagi. 

petang pulak, plan dulu dulu dah tak boleh pakai. tahun ni memang lain. pukul 5 dah kena keluar opis. bos-bos yang nak mesyuarat lama lama tu sila lah ya. ambe kena keluar sharp at 5. balik rumah paling lama pun 20 minit. kalau sempat masak, masak dulu. pukul 5.20 dah kena keluar ambik abang kat KAFA. abang habis KAFA 5.30. lepas tu seksyen 4 tambahan ambik kakak kat rumah makcik. lepas tu ambik shamil kat taska seksyen 4. pukul 6.30 mesti sampai depan SK, ambik ain. lepas tu baru boleh balik rumah. macam tahun tahun sudah, rasanya sampai rumah pukul 7 malam.

1 comment:

  1. wooo.. pening laa.. tapi tetap best sebagai ibu nak buat semua tu

    ReplyDelete