Sunday, June 27, 2010

AIN AND FAMILY @ B-SUITE, PULAU PINANG



17 - 19 Jun hari tu Ain dan family gi Penang. Macam biasalah, ikut umi Ain bengkel.
Ni masa kat atas jambatan Pulau Pinang.





Pemandangan Pulau dari atas jambatan.







Duduk kat B-Suite. Tak familiar langsung hotel ni.



Tapi besar jugak, Tapi sedih.... tak de swimming pool...



Bilik ok, spacious room.



Macam biasa ada TV, boleh tengok cartoon.







Ada garden kat tingkat 2.



Cantik.



Posing dulu kat garden. Comel tu dah lah pendek, duduk pulak kat bawah, lagilah nampak pendek.




Kakak Ain.



Ain dan kakak.



Abang Ain.



Jumaat petang Ain dan famili naik bas UKM pergi ke pasar yang jual jerok macam-macam. Beli untuk keluarga, beli untuk Cik Yah kat Cheras, beli untuk kawan Abah kat sekolah, beli untuk staf Umi kat pejabat dan beli untuk kawan-kawan Umi kat pejabat.



On the way balik ke Bangi, singgah makan dan solat kat R&R Sungai Perak.



Umi dan Abah Ain gilir-gilir solat. Anak-anak main kat playground.






Tuesday, June 22, 2010

BASIKAL BARU



Ni lah basikal baru Ain. Abah ngan Umi Ain beli masa cuti sekolah.
Hemm, abang tak boleh lah nak eksyen lepas ni. Kita pun dah ada basikal jugaaakk.



Posing atas basikal baru.











Cantik kan basikal Ain.



Bukan Ain je dapat basikal baru. Comel pun dapat jugak. Ni lah rupa basikal baru comel. Kecik je sebab Comel pun kecik lagi.



Tengok, Comel naik basikaaall.



Tapi tak pandai kayuh.



Tak pe Comel, nanti dah besar, kaki tu dah panjang sikit lagi, boleh lah kayuh.



Posing ngan abang, tapi abang dok atas basikal buruk je. Ain punya baaaruuu. Terima kasih Abah dan Umi sebab beli basikal kat Ain dan Comel.

Monday, June 21, 2010

UMI AIN @ PTK5



Cuti sekolah hari tu, umi Ain gi kursus PTK5 kat Residence Hotel@UNITEN. Dekat je dengan rumah. Umi Ain berulang hari-hari dari 7 Jun sampailah 12 Jun 2010. 6 hari jugaklah umi Ain kursus. Gambar kat atas ni umi tengah pusing belakang, so tak nampak sangatlah umi Ain.



Hari ke-4, umi dan kawan-kawannya kena masuk hutan FRIM. Umi Ain yang pakai baju merah dan tudung merah tu. Umi cakap pergi dengan bas UKM. Dah sampai FRIM, berkumpul lah dulu dengar taklimat.



Panjang pulak lah taklimat ni. mula-mula taklimat oleh PPA.





Tu ha.. Dr. Salleh (PPA) tengah cakap tu.









Tak habis lagi ke Dr. Salleh, umi Ain dah penat berdiri tu, nanti dia pengsan karang.









Lepas tu taklimat oleh juru pandu FRIM pulak.







Khusyuk dengar taklimat.





Yang pakai spek belah kanan sekali tu sama kumpulan dengan umi Ain. Umi kata dia tu tukang baca soalan masa sesi treasure hunt.




Yang pegang dagu kat depan sekali ni pulak navigator kumpulan umi Ain. Tukang baca peta dan cari lokasi.






Lepas taklimat, umi Ain dan kawan-kawan tengok ikan dulu, terbesar di dunia. FRIM kata ambik kat Sungai Amazon. Nama dia Arapaima Gigas.



Semua dok intai-intai nak tengok ikan tu.















Tu ha ikan, panjang dia 7-12 kaki. Ada tiga ekor je kat dalam ni. Nak bagi ikan tu muncul senang je, tepuk tangan kuat-kuat, dia akan muncul sebab dia ingat orang nak bagi makanan.





Umi Ain tu, nampak ke ikan tu Mi?



Lepas tengok ikan, masuk Galeri Penyelidikan (MUZIUM FRIM).









Tapi gambar kat luar Muzium je lah yang ada. Kat dalam tak de gambar. Sebab, kamera tak boleh bawa masuk.




Lepas lawat Muzium, umi Ain pun ikut aktiviti treasure hunt. Ada 15 soalan. Kena cari jawapan semua soalan. Jawapan tu pulak ada kat merata tempat dalam FRIM tu. Daripada kat luar, hinggalah jauh ke dalam hutan FRIM.



Kumpulan umi Ain dah bergerak nak cari jawapan. Soalan nombor 1 jawapannya ada di Masjid Jamik FRIM.



Soalan nombor dua, jawapan dia kat simpang dekat dengan masjid jugak. Jenuh dok keliling pokok, cari jawapan.




Ni kumpulan Mama Ilham, kawan umi Ain.



Ni lokasi jawapan soalan nombor berapa ntah.



Ini gambar pokok, lokasi jawapan kepada salah satu soalan dalam treasure hunt.







Lepas treasure hunt, masuk hutan FRIM pulak.







Dah selamat keluar dari hutan.







Lepas habis semua orang menikmati makan tengahari tepi sungai dalam FRIM tu, tempat orang berkelah. Beeessst, makan kambing bakar. Lepas tu presentation pulak. Wakil setiap kumpulan bentang. Lepas tu bagi hadiah treasure hunt. Yessss, kumpulan umi Ain dapat nombor 2 out of 6. Kira ok lah kan. Esok sambung balik kursus kat UNITEN sampai Sabtu.