Saturday, October 15, 2011

Q-DEES sports day 2011



























































































Monday, October 3, 2011

minggu yang memenatkan

28-30 september (rabu hingga khamis) - assessor training for programme accreditation (COPPA) di Armada hotel, PJ. kursus ni anjuran MQA. 3 hari ulang alik dari Bangi ke PJ sungguh memenatlan. tak dapat bayangkan bagaimana keadaan orang yang hari hari ulang alik pergi kerja dari bangi ke KL.


1-2 oktober (sabtu hingga ahad) - bengkel pemantapan audit dalaman di felda residence, KT. 2 hari yang padat tapi sempat jugak serbu kedai keropok lekor dan kedai payang.


3 oktober (isnin) - hari konvoku di UM. 6.15 pagi dah keluar rumah. hantar anak sekolah dan taska dulu. lepas tu memecut ke UM, mesti sampai sebelum 7.30 pagi. alhamdulillah, 7.10 pagi dah sampai. beratur masuk ke DTC. 11.15 pagi majlis selesai, sempatlah jugak bergambar di depan DTC. lepas tu makan-makan sebab memang tak sempat sarapan pun lagi. teringin nak jalan-jalan tengok gerai konvo. tapi kakiku dah melecet-lecet. hi hi hi maklumlah 3 tahun tak pakai kasut.

4 oktober (selasa) - nak cuti la bos, sakit kaki

penghargaan dan terima kasih

sempena konvo hari ni, aku nak ucap berbanyak terima kasih kepada beberapa pihak yang pernah menghulurkan bantuan. terima kasih kepada Safuan, Qayyum, Shikin dan Hanif. kesemuanya pernah menjadi GRA di jabatanku. jasa kalian dalam menscan gambar dan bahan-bahan yang diperlukan amatlah dihargai. terima kasih sekali lagi.

KONVOKU - BHG. 1 - SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN


beratur nak masuk ke DTC


beratur di HIR ( bangunan peperiksaan lama) sebelum berjalan ke DTC



di luar bangunan HIR
















KONVOKU - BHG. 2 - SELEPAS MAJLIS KONVOKESYEN
















































Monday, August 8, 2011

abang shafi berjaya puasa

abang shafi berjaya puasa penuh hari ni. petang tadi masa balik sekolah memang dah lembik. tapi abang kuat semangat, berjaya bertahan sampai azan maghrib. abang memang boleh lakukan. lepas buka puasa abang terus tergolek sampai terlena.

Sunday, August 7, 2011

abang shafi berjaya puasa

selepas gagal puasa penuh pada hari pertama ramadan, abang shafi cuba lagi untuk berpuasa penuh. sabtu lepas dia berjaya jugak akhirnya. itupun selepas beberapa kali cuba nak batalkan puasanya. kesian umi, terpaksa duduk kat dapur sepanjang hari hanya kerana nak pastikan abang shafi tak curi-curi makan. lepas asar, abang dah boleh control sikit perasaan nak makan. hari ni abang puasa lagi. kali ni atas kehendak sendiri. dia berazam nak puasa penuh hari ni. tengahari tadi nampak macam ok je. risau jugak ni nak ambik abang kat sekolah petang ni. harap-harap dia tabah dan cekal hati nak puasa penuh. yang kelakarnya bila umi cakap kat abang malam tadi: esok kalau abang rasa lapar je, abang cubalah cakap: saya boleh lakukan.. saya boleh lakukan.. macam dalam cerita Kapten Boleh yang abang suka tengok tu.

Monday, August 1, 2011

HARI PERTAMA PUASA ANAK LELAKI

bulan puasa balik sekolah awal. 5.30 dah boleh balik. macam biasa, umi ambik abang shafi kat sekolah. melilau jugaklah mata cari abang. ramai budak sekolah dah tergolek, terbaring kat tepi jalan sambil tunggu mak bapak ambik. harap-harap abang boleh bertahan. tiba-tiba nampak abang, dah lembik. ada botol mineral water kat tangan. macam mana boleh beli air tu? bukannya bawak duit pun masa pergi sekolah tadi. kepala abang dah basah kuyup. tapi hari tak hujan. masuk dalam kereta, soalan pertama: abang puasa lagi tak? dia jawab: tak, abang muntah masa perhimpunan. macam mana abang boleh beli air? abang kan tak bawak duit tadi? dia jawab: cikgu kasi. abang basahkan kepala dengan air ke? dia kata: tak, cikgu yang basahkan. kesian pulak kat abang. mesti dia tak larat sangat. balik rumah, muntah lagi kat kerusi. kerusi tu dah lah fabrik. kalau muntah kat kerusi kulit senang lah sikit nak bersihkan. lepas makan malam tu, dia terus tidur sampailah pagi tadi. hari ni pergi sekolah bawak air sirap. terfikir jugak dalam hati, kenapa masa anak perempuan belajar puasa masa usia 7 tahun dulu tak de pulak jadi macam ni? kenapa bila anak lelaki jadi macam ni? dah 8 tahun dah ni. bila nak dapat puasa penuh?

Wednesday, June 1, 2011

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI

Cuti sekolah dah bermula. Macam biasalah, aktiviti balik kampung. Esok bertolak pagi-pagi. Cadang tu nak masak nasi lemak sebagai bekal untuk sarapan di pertengahan jalan. Balik sini semula hari ahad atau isnin, sebab shifaa ada kelas hari isnin malam.