Monday, January 16, 2012

MINGGU KETIGA AIN BERSEKOLAH

16 Januari 2012
ain gi sekolah hari ni macam biasa je. ain tak de tempat duduk yang tetap dalam kelas. setiap hari bertukar, tak tau la kenapa. masa rehat, umi dah tak datang. hari ni jugak ada perhimpunan sebelum balik sekolah. cikgu pesan, lepas ni mak hantar anak kat pagar sekolah je.

17 Januari 2012
hari ni umi hantar ain kat pagar sekolah je. dari jauh umi tengok ain jalan masuk ke sekolah. sayu pulak rasa hati. semoga ain kuat semangat.

MINGGU KEDUA AIN BERSEKOLAH

9 Januari 2012
ain start sekolah untuk minggu yang kedua. macam biasa, ain ok je gi sekolah. pagi gi KAFA ABIM, tengahari gi sekolah kebangsaan. hari ni ain dah mula duduk kelas sebenar 1C2. minggu lepas ain duduk kelas 1C1. bila masuk kelas 1C2 maknanya ain dah dapat kawan baru lagi. tapi ain sebenarnya tak kisahpun, sebab dia langsung tak berkawan dengan sapa-sapa. dia lone ranger je. masa rehat umi ain masih datang sekolah, teman ain beli makanan kat kantin. masa balik umi cari ain kat kelas, kosong! rupanya hari isnin ada perhimpunan. melilau mata umi cari ain dalam ratusan pelajar yang sedang berhimpun kat dataran sekolah tu.
ain dah mula ada homework KAFA ABIM. dah belajar bahasa Arab. ain kena hafal dan kena tulis.

10 dan 11 Januari 2012
masih sama macam hari isnin. masa rehat umi masih datang sekolah. masa balik tunggu depan kelas.

12 Januari 2012
umi masih datang masa rehat tapi dah mula lewat sikit. umi nak ain belajar beli makanan sendiri. sampai kat kantin, umi nampak ain tengah makan sorang-sorang. ain nampak umi je, terus kesat mata. ain sedih kan sebenarnya. umi pesan kat ain nanti masa balik tunggu umi kat piano. balik sekolah petang tu, ain cakap esok ada PJ, kena pakai baju sukan. ain rumah kuning. ain desak umi beli baju sukan. malam tu, umi cakap kat ain: cikgu marah umi sebab umi teman ain masa rehat. cikgu kata: ain dah pandai beli makanan, tak payah la teman lagi. ain kata ok lah, esok umi tak payah datang masa rehat. fuuuh lega.

13 Januari 2012
balik dari KAFA ABIM, abah bawak ain gi sekolah kebangsaan sebab nak beli baju sukan warna kuning. abah beli dua. tengahari umi ambik ain kat transit, terus hantar sekolah. sampai sekolah, ain pegang kuat tangan umi sebab ain dah nampak ada kawan sekelas tak pakai baju sukan. ain takut cikgu marah. masuk dalam kelas, tengok tengok ain sorang je pakai baju sukan, lagi la gabra. tapi umi kata: tak pe, cikgu tak marah. nanti umi cakap kat cikgu. masa rehat, umi dah tak datang langsung. dalam hati memang gelisah. sepanjang masa teringat kat ain. dah makan ke? boleh ke ain beli sendiri nanti? malam tu ain cakap ain sedih umi tak datang. tapi umi kata: umi tak boleh datang, nanti cikgu marah. ain boleh terima alasan tu, sebab tak nak cikgu marah umi. lepas tu ain cakap: ain sebenarnya rumah sukan biru, bukan kuning. haaaaa? umi sangat terkejut. sebab baju kuning dah beli dua helai. nak kena beli baju biru la pulak.

MINGGU PERTAMA AIN BERSEKOLAH

minggu pertama, ain gi sekolah 3 hari je. rabu, khamis dan jumaat.
4 Januari 2012
pagi ain gi KAFA ABIM kat surau Abdul Rahman Auf. 10.45 umi ambik ain dan hantar tempat transit tepi surau. pukul 12.30 umi ambik ain lagi hantar gi sekolah kebangsaan pulak.
ain gi sekolah relax je, memang hebat sebab tak nangis langsung. nampak cool je. masa rehat umi kena gi sekolah la sebab ain belum pandai guna duit. nanti tak tau macam mana nak beli makanan kat kantin. ain makan mee goreng, seringgit. balik umi tunggu kat depan kelas. maklumlah, takut ain tak jumpa cari jalan nak balik.

5 Januari 2012, pun sama je. macam biasa. setitik air mata pun tak de. tapi masa rehat umi kena gi sekolah la, sebab nak teman ain beli kat kantin.

6 Januari 2012 pun masih sama. ain nampak ok dan masih kena teman masa rehat.

7 dan 8 Januari 2012 hari sabtu dan ahad, sekolah cuti.

alhamdulillah, selesai minggu pertama. rasanya minggu-minggu lepas ni pun ain ok jugak kot.

Sunday, January 1, 2012

MUSIM PERSEKOLAHAN 2012 DAH NAK MULA

TAHUN 2012 DAH MASUK. tahun ni Ain Tasnim akan mula sekolah darjah 1. 3 januari ni orientasi. 4 januari dah start sekolah.tak dapat nak bayang macam mana dia kat sekolah nanti. pengalaman dengan abangnya 2 tahun lepas, memang mengerikan. macam-macam drama ada. drama air mata, drama pujuk memujuk, drama lari dari sekolah pun ada. 3 kali sehari aku mesti pegi sekolah. tahun ni pun macam tu jugak ke? ntah le. 4 januari nanti baru boleh tahu macam mana jadinya.

yang pastinya, waktu pagi akan kembali jadi waktu paling huru hara di rumah. mesti siap sarapan sebelum pukul 7 pagi. pukul 7 pagi dah kena keluar, memecut ke SMK Jalan 4 hantar kakak, singgah di Taska al-Humairaa hantar Shamil, singgah di surau abdul rahman auf hantar ain dan singgah di al-haziq hantar abang. sempat ke selesai dalam masa 45 minit? kalau jalanraya tu aku yang punya sorang-sorang memang le sempat. lepas tu masuk pejabat.

yang pasti juga waktu tengahari akan jadi kembali sebok. pukul 12 ambik abang di al-haziq, lepas tu ambik ain (apa ntah nama tempat transit dia tu) dan hantar semuanya ke SK Jalan 4. lepas tu bertapa la kejap kat situ, untuk drama airmata. hehehe harap sangat ain tak nangis. lepas tu pecut balik rumah siapkan apa yang patut untuk masak petang nanti. pukul 2 masuk pejabat balik.

pukul 3 petang gi SK Jalan 4 lagi. 3.10 ain rehat, kena teman dia beli kat kantin. belum pandai guna duit. kena kumpul duit syiling 50 sen dan duit kertas seringgit banyak-banyak untuk bekal ke sekolah.

pukul 5 petang kena terus balik dari pejabat. jadi masterchef kat rumah. mesti siap masak pukul 6 petang. hmm macam magic kan. 1 jam je masak. nak masak ape satu jam? satu lauk satu sayur. nak senang, nasi paprik sebab lauk dia dah campur sayur sekali. siap dengan kuah. tp takkan hari-hari paprik?

pukul 6 petang keluar rumah, ambik kakak di seksyen 4 tambahan, ambik shamil di seksyen 4. 6.20 mesti dah terpacak depan SK jalan 4. kena datang cepat sebelum budak sekolah keluar jam 6.30 petang. kena tunggu depan kelas ain. kalau lambat dan budak sekolah dah mula keluar pagar, nanti aku yang melilau cari mana satu ain. maklumla, budak sekolah ni uniform diorang semacam je. baju putih, kain biru gelap, tudung putih. kalau dah ramai-ramai pakai baju semacam, tak tau mana satu anak aku.

pukul 7 malam sampai rumah. pastikan budak-budak mandi. 7.45 bapak diorang balik. lepas solat maghrib baru boleh makan. pastu nak tengok homework abang dan ain sambil menepis gangguan-gangguan nakal shamil kepada buku-buku sekolah abang dan ain. pastu tu ngaji quran.

pastu pengsan keletihan. menjaga amanah Allah tidak semudah yang disangka.