Monday, January 16, 2012

MINGGU KEDUA AIN BERSEKOLAH

9 Januari 2012
ain start sekolah untuk minggu yang kedua. macam biasa, ain ok je gi sekolah. pagi gi KAFA ABIM, tengahari gi sekolah kebangsaan. hari ni ain dah mula duduk kelas sebenar 1C2. minggu lepas ain duduk kelas 1C1. bila masuk kelas 1C2 maknanya ain dah dapat kawan baru lagi. tapi ain sebenarnya tak kisahpun, sebab dia langsung tak berkawan dengan sapa-sapa. dia lone ranger je. masa rehat umi ain masih datang sekolah, teman ain beli makanan kat kantin. masa balik umi cari ain kat kelas, kosong! rupanya hari isnin ada perhimpunan. melilau mata umi cari ain dalam ratusan pelajar yang sedang berhimpun kat dataran sekolah tu.
ain dah mula ada homework KAFA ABIM. dah belajar bahasa Arab. ain kena hafal dan kena tulis.

10 dan 11 Januari 2012
masih sama macam hari isnin. masa rehat umi masih datang sekolah. masa balik tunggu depan kelas.

12 Januari 2012
umi masih datang masa rehat tapi dah mula lewat sikit. umi nak ain belajar beli makanan sendiri. sampai kat kantin, umi nampak ain tengah makan sorang-sorang. ain nampak umi je, terus kesat mata. ain sedih kan sebenarnya. umi pesan kat ain nanti masa balik tunggu umi kat piano. balik sekolah petang tu, ain cakap esok ada PJ, kena pakai baju sukan. ain rumah kuning. ain desak umi beli baju sukan. malam tu, umi cakap kat ain: cikgu marah umi sebab umi teman ain masa rehat. cikgu kata: ain dah pandai beli makanan, tak payah la teman lagi. ain kata ok lah, esok umi tak payah datang masa rehat. fuuuh lega.

13 Januari 2012
balik dari KAFA ABIM, abah bawak ain gi sekolah kebangsaan sebab nak beli baju sukan warna kuning. abah beli dua. tengahari umi ambik ain kat transit, terus hantar sekolah. sampai sekolah, ain pegang kuat tangan umi sebab ain dah nampak ada kawan sekelas tak pakai baju sukan. ain takut cikgu marah. masuk dalam kelas, tengok tengok ain sorang je pakai baju sukan, lagi la gabra. tapi umi kata: tak pe, cikgu tak marah. nanti umi cakap kat cikgu. masa rehat, umi dah tak datang langsung. dalam hati memang gelisah. sepanjang masa teringat kat ain. dah makan ke? boleh ke ain beli sendiri nanti? malam tu ain cakap ain sedih umi tak datang. tapi umi kata: umi tak boleh datang, nanti cikgu marah. ain boleh terima alasan tu, sebab tak nak cikgu marah umi. lepas tu ain cakap: ain sebenarnya rumah sukan biru, bukan kuning. haaaaa? umi sangat terkejut. sebab baju kuning dah beli dua helai. nak kena beli baju biru la pulak.

No comments:

Post a Comment