Sunday, August 7, 2011

abang shafi berjaya puasa

selepas gagal puasa penuh pada hari pertama ramadan, abang shafi cuba lagi untuk berpuasa penuh. sabtu lepas dia berjaya jugak akhirnya. itupun selepas beberapa kali cuba nak batalkan puasanya. kesian umi, terpaksa duduk kat dapur sepanjang hari hanya kerana nak pastikan abang shafi tak curi-curi makan. lepas asar, abang dah boleh control sikit perasaan nak makan. hari ni abang puasa lagi. kali ni atas kehendak sendiri. dia berazam nak puasa penuh hari ni. tengahari tadi nampak macam ok je. risau jugak ni nak ambik abang kat sekolah petang ni. harap-harap dia tabah dan cekal hati nak puasa penuh. yang kelakarnya bila umi cakap kat abang malam tadi: esok kalau abang rasa lapar je, abang cubalah cakap: saya boleh lakukan.. saya boleh lakukan.. macam dalam cerita Kapten Boleh yang abang suka tengok tu.

1 comment:

  1. kesiannya..dugaan..awal2 mmg aa kan.lama2 insyaALLAH dah biasa.
    skang saya hantar Ruhil Imaan ke taska4.. kdg2 ternampak kak ain y kenal melalui blog ni..lgpun taska4 tu xramai budak pompuan..

    ReplyDelete