Tuesday, January 11, 2011

UMI AIN @ FELDA RESIDENCE, TEKAM, JERANTUT, PAHANG. SIRI 1

Mula-mula kena pergi Bengkel Pemantapan Penyelidikan untuk Penyelidik Muda Siri 1/2011 ni rasa macam tak berapa nak pergi. Sebabnya, tak berapa muda tapi masih dikategori sebagai muda. Lepas tu bertolak pagi Jumaat. Maknanya Shafi terpaksa lah dipontengkan sekolah. Ya lah, walaupun ada orang kata tak bodohnya ponteng sekolah satu hari, tapi tak naklah ajar anak ponteng sekolah.

Bila dah sampai kat Felda Residence, Tekam, Jerantut masih dalam mood yang sama. Duduk chalet, kongsi dengan Dr. Maheram. Bila TNC Prof. Rahmah umumkan setiap orang yang hadir dapat RM10,000, automatik mood semua orang berubah. Senyum leboooorr. Maklumlah, selalunya nak dapat dana kena mohon. Ada rezeki dapat. Tak dok rezeki mintak lain kali pulak. Tapi kali ni terus dapat. Alhamdulillah.

Apa pun bengkel ni memang banyak manfaatnya. Boleh mengenali dengan lebih dekat pengerusi nic penyelidikan di UKM yang selama ini hanya kenal nama sahaja. Macam biasalah, kita kenal dia, dia tak kenal kita pun. Cuma sayangnya, pengerusi nic Cabaran Membina Negara Bangsa tak datang dan tak de wakil.

No comments:

Post a Comment