Hari pertama persekolahan untuk tahun 2011.
7 pagi dah keluar rumah. Mula-mula hantar kakak Ain kat SMK Jalan 4, Seksyen 4 Tambahan. Patah balik hantar Shamil kat Taska al-Humairaa di Seksyen 4. Undur lagi hantar abang kat al-Haziq, Seksyen 3 Tambahan. Laaast sekali hantar Ain kat Q-dees pukul 7.50 pagi.
Jadual abah dan umi confirm berubah. Pukul 12 Ain keluar sekolah, abah ambik hantar kat Taska tempat Shamil. Lepas tu abah gi sekolah dia pulak.
12.30 tengahari umi ambik abang hantar ke SK Jalan 4 kat Seksyen 4.
1 tengahari umi balik rumah siapkan bahan untuk makan malam.
2 petang umi masuk pejabat.
4 petang umi hantar Ain KAFA pra sekolah kat al-Shafie Seksyen 3 Tambahan. Umi masuk pejabat lagi.
5 petang umi balik rumah start masak untuk makan malam.
5.30 petang umi ambik Ain kat al-Shafie.
6 petang umi ke Seksyen 4 Tambahan ambik kakak kat tempat transit.
6.30 petang umi ambik abang kat SK Jalan 4, Seksyen 4.
6.45 petang umi, kakak dan abang ambik Ain dan Shamil kat Taska.
7 malam sampai rumah. Kakak makan dulu.
7.45 abah sampai rumah.
7.50 malam abah hantar kakak tuisyen kat KCM Seksyen 3 Tambahan.
10 malam abah ambik kakak kat tuisyen.
Kesimpulannya, banyak masa dalam kereta dan kat atas jalan raya.
Penat ke umi dan abah? Tak pe penat sikit. Amanah yang Allah kurniakan perlu dijaga dan ditunaikan tanggungjawabnya. Semoga semua anak umi dan abah jadi umat Islam yang soleh dan solehah.
Sunday, January 2, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum,
ReplyDeletePadatnyer timetable Ummi Ain. Tabik spring, heh. Nak kena berguru nih, sebab kami pun tak de perancangan nak ambik pembantu rumah. Anak dah tiga la ni, and counting (kot) heh.
Ummi Islah, Azzam & Maryam
salam kenal..
ReplyDeleteanak saya pun taska humairaa..tp xjumpa laa, sbb taska7..
dasyatnya jadual amik/antar anak..
inilah realiti jadual ambik dan antar anak sekolah dan taska. kadang-kadang pagi kalau dah lewat terpaksa buat dua trip. trip pertama keluar 7.15. abah ain yang keluar dulu hantar kakak ain kat SMK jalan 4. trip kedua umi ain pulak keluar pukul 7.30 pagi hantar abang ain sekolah, lepas tu hantar ain. dua-dua kat seksyen 3. last sekali hantar adik ain kat seksyen 4. satu minggu perjalanan hantar dan ambik ni makan minyak lebih dari RM50. tapi bila malam, adik ain tidur je umi pun terus tidur. tak larat...
ReplyDelete