hari ni 2 januari 2013. hari pertama sekolah bagi tahun ni. ain sekolah KAFA pagi. abang pulak KAFA petang. ain SK petang. abang pulak SK pagi. kakak kekal sekolah pagi kat SMK Jalan 4. pagi tadi keluar rumah 6.50 pagi. hantar kakak dulu sebab kakak paling jauh. lepas drop kakak kat sekolah, singgah rumah makcik hantar beg transit kakak. rumah makcik depan sekolah kakak je. lepas tu patah balik ke belakang. hantar abang. punyalah jalan jem, sampai sekolah abang dah dekat pukul 7.30 pagi. jadual sekolah abang tulis masuk sekolah pukul 7.10 pagi. dari sekolah abang, ambik kanan, keluar kat seksyen 3, sangkut lagi. ambik jalan besar terus sampai ke petronas seksyen 3 tambahan (dekat dengan rumah). masuk situ terus ke bangi 3, hantar ain. hari ni ain berkumpul kat rumah no. 8. lepas tu baru agih kelas. mungkin kekal kat situ atau pindah ke rumah no. 17. pukul 10.45 pagi umi gi sekolah ain. rupanya ain kekal di rumah no.8. umi tengok je ain keluar dari pintu belakang, masuk dalam pagar surau, lepas tu tuju rumah makcik yang jual jajan. ain beli jajan 80 sen. umi tegur ain. ain kata umi tak payah ikut. ain nak balik sendiri ke tempat transit. umi pun tengok dari jauh je lah. lepas tu singgah tadika shamil, tapi dah tak dengan budak nangis. masa datang pagi tadi, shamil nangis. dia tak bagi umi balik. umi pun tunggu la sekejap, sampai shamil masuk kelas. cikgu bagi plastesin, suruh gentel sampai jadi bulat. lepas tu leperkan macam roti canai. tapi shamil buat deeek je. dia dok main jam hijau dia tu je. pukul 12 tengahari, abah ambik ain dan shamil. abah hantar shamil ke taska. lepas tu abah hantar ain ke SK. pukul 1 umi punya turn pulak, ambik abang kat SK, hantar ke KAFA.
nampak gayanya, jalan yang dilalui hari ni ada masalah. esok kena tukar jalan. tadi drop abang betul betul depan sekolah. esok kena pikir jalan lain. mungkin boleh ambik jalan nak ke taska al-humairaa seksyen 4, lalu tepi surau jubli perak, lalu depan bangsal orang jual lemang musim raya, masuk kiri, lalu seberang jalan sekolah abang. rasanya jalan kurang jem. lepas tu jalan terus, ambik kanan turun ke bangi perdana. hantar ain dan shamil. tapi kalau hari selasa, kena guna 2 kereta. 1 hantar kakak ke SMK. 1 lagi hantar abang di SK, ain di KAFA dan shamil di tadika. rasanya macam ni baru abang boleh sampai sebelum 7.10 pagi. macam tak percaya tengok jadual SK start pukul 7.10 pagi.
petang pulak, plan dulu dulu dah tak boleh pakai. tahun ni memang lain. pukul 5 dah kena keluar opis. bos-bos yang nak mesyuarat lama lama tu sila lah ya. ambe kena keluar sharp at 5. balik rumah paling lama pun 20 minit. kalau sempat masak, masak dulu. pukul 5.20 dah kena keluar ambik abang kat KAFA. abang habis KAFA 5.30. lepas tu seksyen 4 tambahan ambik kakak kat rumah makcik. lepas tu ambik shamil kat taska seksyen 4. pukul 6.30 mesti sampai depan SK, ambik ain. lepas tu baru boleh balik rumah. macam tahun tahun sudah, rasanya sampai rumah pukul 7 malam.
Tuesday, January 1, 2013
Thursday, November 8, 2012
kembali ke blog
lama tak update blog. sampai dah lupa ID dan password. jenuh mereke-reka tadi sebelum berjaya masuk blog ni. lepas ni kena salin semua id dan password, simpan satu tempat.
musim sekolah dah sampai penghujung. hari ni last day sekolah. hmmmm sekejap je dah nak habis tahun 2012. tahun 2013 akan menyusul. semoga tahun 2013, kehidupan akan jadi lebih baik. baik iman, baik akhlak, baik ilmu dan baik segala-galanya.

Monday, January 16, 2012
MINGGU KETIGA AIN BERSEKOLAH
16 Januari 2012
ain gi sekolah hari ni macam biasa je. ain tak de tempat duduk yang tetap dalam kelas. setiap hari bertukar, tak tau la kenapa. masa rehat, umi dah tak datang. hari ni jugak ada perhimpunan sebelum balik sekolah. cikgu pesan, lepas ni mak hantar anak kat pagar sekolah je.
17 Januari 2012
hari ni umi hantar ain kat pagar sekolah je. dari jauh umi tengok ain jalan masuk ke sekolah. sayu pulak rasa hati. semoga ain kuat semangat.

MINGGU KEDUA AIN BERSEKOLAH
9 Januari 2012
ain start sekolah untuk minggu yang kedua. macam biasa, ain ok je gi sekolah. pagi gi KAFA ABIM, tengahari gi sekolah kebangsaan. hari ni ain dah mula duduk kelas sebenar 1C2. minggu lepas ain duduk kelas 1C1. bila masuk kelas 1C2 maknanya ain dah dapat kawan baru lagi. tapi ain sebenarnya tak kisahpun, sebab dia langsung tak berkawan dengan sapa-sapa. dia lone ranger je. masa rehat umi ain masih datang sekolah, teman ain beli makanan kat kantin. masa balik umi cari ain kat kelas, kosong! rupanya hari isnin ada perhimpunan. melilau mata umi cari ain dalam ratusan pelajar yang sedang berhimpun kat dataran sekolah tu.
ain dah mula ada homework KAFA ABIM. dah belajar bahasa Arab. ain kena hafal dan kena tulis.
10 dan 11 Januari 2012
masih sama macam hari isnin. masa rehat umi masih datang sekolah. masa balik tunggu depan kelas.
12 Januari 2012
umi masih datang masa rehat tapi dah mula lewat sikit. umi nak ain belajar beli makanan sendiri. sampai kat kantin, umi nampak ain tengah makan sorang-sorang. ain nampak umi je, terus kesat mata. ain sedih kan sebenarnya. umi pesan kat ain nanti masa balik tunggu umi kat piano. balik sekolah petang tu, ain cakap esok ada PJ, kena pakai baju sukan. ain rumah kuning. ain desak umi beli baju sukan. malam tu, umi cakap kat ain: cikgu marah umi sebab umi teman ain masa rehat. cikgu kata: ain dah pandai beli makanan, tak payah la teman lagi. ain kata ok lah, esok umi tak payah datang masa rehat. fuuuh lega.
13 Januari 2012
balik dari KAFA ABIM, abah bawak ain gi sekolah kebangsaan sebab nak beli baju sukan warna kuning. abah beli dua. tengahari umi ambik ain kat transit, terus hantar sekolah. sampai sekolah, ain pegang kuat tangan umi sebab ain dah nampak ada kawan sekelas tak pakai baju sukan. ain takut cikgu marah. masuk dalam kelas, tengok tengok ain sorang je pakai baju sukan, lagi la gabra. tapi umi kata: tak pe, cikgu tak marah. nanti umi cakap kat cikgu. masa rehat, umi dah tak datang langsung. dalam hati memang gelisah. sepanjang masa teringat kat ain. dah makan ke? boleh ke ain beli sendiri nanti? malam tu ain cakap ain sedih umi tak datang. tapi umi kata: umi tak boleh datang, nanti cikgu marah. ain boleh terima alasan tu, sebab tak nak cikgu marah umi. lepas tu ain cakap: ain sebenarnya rumah sukan biru, bukan kuning. haaaaa? umi sangat terkejut. sebab baju kuning dah beli dua helai. nak kena beli baju biru la pulak.

MINGGU PERTAMA AIN BERSEKOLAH
minggu pertama, ain gi sekolah 3 hari je. rabu, khamis dan jumaat.
4 Januari 2012
pagi ain gi KAFA ABIM kat surau Abdul Rahman Auf. 10.45 umi ambik ain dan hantar tempat transit tepi surau. pukul 12.30 umi ambik ain lagi hantar gi sekolah kebangsaan pulak.
ain gi sekolah relax je, memang hebat sebab tak nangis langsung. nampak cool je. masa rehat umi kena gi sekolah la sebab ain belum pandai guna duit. nanti tak tau macam mana nak beli makanan kat kantin. ain makan mee goreng, seringgit. balik umi tunggu kat depan kelas. maklumlah, takut ain tak jumpa cari jalan nak balik.
5 Januari 2012, pun sama je. macam biasa. setitik air mata pun tak de. tapi masa rehat umi kena gi sekolah la, sebab nak teman ain beli kat kantin.
6 Januari 2012 pun masih sama. ain nampak ok dan masih kena teman masa rehat.
7 dan 8 Januari 2012 hari sabtu dan ahad, sekolah cuti.
alhamdulillah, selesai minggu pertama. rasanya minggu-minggu lepas ni pun ain ok jugak kot.

Sunday, January 1, 2012
MUSIM PERSEKOLAHAN 2012 DAH NAK MULA
TAHUN 2012 DAH MASUK. tahun ni Ain Tasnim akan mula sekolah darjah 1. 3 januari ni orientasi. 4 januari dah start sekolah.tak dapat nak bayang macam mana dia kat sekolah nanti. pengalaman dengan abangnya 2 tahun lepas, memang mengerikan. macam-macam drama ada. drama air mata, drama pujuk memujuk, drama lari dari sekolah pun ada. 3 kali sehari aku mesti pegi sekolah. tahun ni pun macam tu jugak ke? ntah le. 4 januari nanti baru boleh tahu macam mana jadinya.
yang pastinya, waktu pagi akan kembali jadi waktu paling huru hara di rumah. mesti siap sarapan sebelum pukul 7 pagi. pukul 7 pagi dah kena keluar, memecut ke SMK Jalan 4 hantar kakak, singgah di Taska al-Humairaa hantar Shamil, singgah di surau abdul rahman auf hantar ain dan singgah di al-haziq hantar abang. sempat ke selesai dalam masa 45 minit? kalau jalanraya tu aku yang punya sorang-sorang memang le sempat. lepas tu masuk pejabat.
yang pasti juga waktu tengahari akan jadi kembali sebok. pukul 12 ambik abang di al-haziq, lepas tu ambik ain (apa ntah nama tempat transit dia tu) dan hantar semuanya ke SK Jalan 4. lepas tu bertapa la kejap kat situ, untuk drama airmata. hehehe harap sangat ain tak nangis. lepas tu pecut balik rumah siapkan apa yang patut untuk masak petang nanti. pukul 2 masuk pejabat balik.
pukul 3 petang gi SK Jalan 4 lagi. 3.10 ain rehat, kena teman dia beli kat kantin. belum pandai guna duit. kena kumpul duit syiling 50 sen dan duit kertas seringgit banyak-banyak untuk bekal ke sekolah.
pukul 5 petang kena terus balik dari pejabat. jadi masterchef kat rumah. mesti siap masak pukul 6 petang. hmm macam magic kan. 1 jam je masak. nak masak ape satu jam? satu lauk satu sayur. nak senang, nasi paprik sebab lauk dia dah campur sayur sekali. siap dengan kuah. tp takkan hari-hari paprik?
pukul 6 petang keluar rumah, ambik kakak di seksyen 4 tambahan, ambik shamil di seksyen 4. 6.20 mesti dah terpacak depan SK jalan 4. kena datang cepat sebelum budak sekolah keluar jam 6.30 petang. kena tunggu depan kelas ain. kalau lambat dan budak sekolah dah mula keluar pagar, nanti aku yang melilau cari mana satu ain. maklumla, budak sekolah ni uniform diorang semacam je. baju putih, kain biru gelap, tudung putih. kalau dah ramai-ramai pakai baju semacam, tak tau mana satu anak aku.
pukul 7 malam sampai rumah. pastikan budak-budak mandi. 7.45 bapak diorang balik. lepas solat maghrib baru boleh makan. pastu nak tengok homework abang dan ain sambil menepis gangguan-gangguan nakal shamil kepada buku-buku sekolah abang dan ain. pastu tu ngaji quran.
pastu pengsan keletihan. menjaga amanah Allah tidak semudah yang disangka.

Saturday, October 15, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)