Thursday, January 27, 2011

LAGU KANAK-KANAK: PART 5

satu dua tiga empat
anak ikan lompat lompat

lima enam tujuh lapan
jatuh balik atas papan

sembilan
sepuluh
sebelas
dua belas
ikan jadi asam pedaaaaassss

Wednesday, January 19, 2011

Lagu kanak-kanak: Part 4

dua mata saya, hidung saya satu
dua kaki saya yang pakai kasut baru
dua telinga saya yang kiri dan kanan
satu mulut saya yang tak berhenti cakap
pot pet pot pet
satu mulut saya yang tak berhenti makan
nyam nyam nyam
satu mulut saya yang tak berhenti jerit
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
satu mulut saya yang tak berhenti diam
ssssssssssssssshhhhhhhhhhhhhhhhh

Lagu kanak kanak: Part 3

saya suka main buih sabun
gelembung bulat
cantik berkilat
bila ditiup angin berkawan
terbang tinggi sampai ke awan

sabun tambah air
kocak-kocak jadi buih
ambil buluh celup
tiup buih
terbang sayup

Lagu kanak-kanak: Part 2

Lagu ni anak-anak kat rumah tu suka nyanyi:

nenek nenek si bongkok tiga
siang malam berasyik jaga (versi anak-anak. patutnya siang mengantuk malam berjaga)
mencari cucu di mana ada
nenekku kahwin dengan anak raja

cucu cucu tak dapat lari
nenek tua banyak sakti
sekarang nenek nak cari ganti
siapa dapat dia yang jadi

Tuesday, January 18, 2011

Lagu kanak-kanak: Part 1

satu labah-labah cuba panjat perigi
bila hujan turun labah cepat lari
terbit matahari air tak de lagi
labah cuba panjat sekali lagi
toooiiiinnnngggg (sambil tekan dahi dengan jari telunjuk)

Tuesday, January 11, 2011

UMI AIN @ FELDA RESIDENCE, TEKAM, JERANTUT, PAHANG. SIRI 1

Mula-mula kena pergi Bengkel Pemantapan Penyelidikan untuk Penyelidik Muda Siri 1/2011 ni rasa macam tak berapa nak pergi. Sebabnya, tak berapa muda tapi masih dikategori sebagai muda. Lepas tu bertolak pagi Jumaat. Maknanya Shafi terpaksa lah dipontengkan sekolah. Ya lah, walaupun ada orang kata tak bodohnya ponteng sekolah satu hari, tapi tak naklah ajar anak ponteng sekolah.

Bila dah sampai kat Felda Residence, Tekam, Jerantut masih dalam mood yang sama. Duduk chalet, kongsi dengan Dr. Maheram. Bila TNC Prof. Rahmah umumkan setiap orang yang hadir dapat RM10,000, automatik mood semua orang berubah. Senyum leboooorr. Maklumlah, selalunya nak dapat dana kena mohon. Ada rezeki dapat. Tak dok rezeki mintak lain kali pulak. Tapi kali ni terus dapat. Alhamdulillah.

Apa pun bengkel ni memang banyak manfaatnya. Boleh mengenali dengan lebih dekat pengerusi nic penyelidikan di UKM yang selama ini hanya kenal nama sahaja. Macam biasalah, kita kenal dia, dia tak kenal kita pun. Cuma sayangnya, pengerusi nic Cabaran Membina Negara Bangsa tak datang dan tak de wakil.

Sunday, January 2, 2011

Hari pertama persekolahan untuk tahun 2011.
7 pagi dah keluar rumah. Mula-mula hantar kakak Ain kat SMK Jalan 4, Seksyen 4 Tambahan. Patah balik hantar Shamil kat Taska al-Humairaa di Seksyen 4. Undur lagi hantar abang kat al-Haziq, Seksyen 3 Tambahan. Laaast sekali hantar Ain kat Q-dees pukul 7.50 pagi.

Jadual abah dan umi confirm berubah. Pukul 12 Ain keluar sekolah, abah ambik hantar kat Taska tempat Shamil. Lepas tu abah gi sekolah dia pulak.
12.30 tengahari umi ambik abang hantar ke SK Jalan 4 kat Seksyen 4.
1 tengahari umi balik rumah siapkan bahan untuk makan malam.
2 petang umi masuk pejabat.
4 petang umi hantar Ain KAFA pra sekolah kat al-Shafie Seksyen 3 Tambahan. Umi masuk pejabat lagi.
5 petang umi balik rumah start masak untuk makan malam.
5.30 petang umi ambik Ain kat al-Shafie.
6 petang umi ke Seksyen 4 Tambahan ambik kakak kat tempat transit.
6.30 petang umi ambik abang kat SK Jalan 4, Seksyen 4.
6.45 petang umi, kakak dan abang ambik Ain dan Shamil kat Taska.
7 malam sampai rumah. Kakak makan dulu.
7.45 abah sampai rumah.
7.50 malam abah hantar kakak tuisyen kat KCM Seksyen 3 Tambahan.
10 malam abah ambik kakak kat tuisyen.
Kesimpulannya, banyak masa dalam kereta dan kat atas jalan raya.

Penat ke umi dan abah? Tak pe penat sikit. Amanah yang Allah kurniakan perlu dijaga dan ditunaikan tanggungjawabnya. Semoga semua anak umi dan abah jadi umat Islam yang soleh dan solehah.